untuk kali keseratus lima puluh juta,
mereka tanyakan kau soalan yang sama,
'hey kenapa kau masih mahukan dia?'
'apa kau buta?atau,kau pura-pura suka?'
di seratus lima puluh juta kali itu,
di depan semua kau tarik tangan aku,
yang sedang buat muka kosong tidak ambil tahu,
sambil ketawa kau bilang satu persatu.
dia mungkin bengis seperti singa,
tapi dia nangis tonton cerita korea,
dia mungkin keras bila bersuara,
tapi dia jelas jujur apa adanya,
aku lagi kenal dia.
dah lebih seratus lima puluh juta kali,
aku pesan padamu apa yang bakal jadi,
kau dan aku ada mungkin tidak serasi,
kau sangat manis,aku pula dawai besi,
die setiap seratus lima puluh jutanya,
aku pun dalam hati semacam tak percaya,
apa kau lihat padaku jujurkan saja,
lalu kau cubit dagu aku sambil berkata.
sayang mungkin baran tak kira masa,
tapi sayang tahan kalau salahnya saya,
sayang mungkin sahaja keras kepala,
tapi sayang manja bila kita berdua,
saya kenal sayang saya.
buat apa di cerita,bahagia kita rasa,
biar tak dipercaya,peduli orang kata.
baju ronyok tak apa,asal pakai selesa,
berkilau tak bermakna,kalau hati tak ada.
aku lebih bengis dari sang naga,
tapi bisa nangis semata demi senja,
suara ku keras tak berbahasa,
kerana aku rimas gedik mengada-ngada,
aku mudah baran tidak semena,
mana boleh tahan angin cemburu buta,
dan aku sengaja tunjuk keras kepala,
aku punya manja kau sahaja boleh rasa,
rahsia kita berduaaa,